Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami
Kata Pujangga, perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu, menyajikan kasih, menghidangkan sayang
adakalanya mereka seperti anak, ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek, berleter seadanya, merungut semahunya.
Namun,
merekalah insan yang terhampir, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini,
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka
Episod 1
tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk
buka teliga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati terseni, rasioanl atau emosi?
andainya emosi, belailah emosi itu, jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya, mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik, atau dokumen saintifik
beserta dengan beberapa affidavit, dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerubu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan, sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa,
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal
cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian.
Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri, bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang?? buat selamba, lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
kalau ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie, ini rajuk taraf tingggi namanya
perlu ditangani berhati-hati, kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar, "Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang..abang alpa"
bisikkan "Darling, I lupa"
hulurkan tangan, pinta kemaafan, pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda, perisanya masam
tetapi?..
kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
No comments:
Post a Comment