(sambungan dari part 1)
Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami
Arghh?
tiba-tiba isteri merungut, malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut, minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit, sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan, yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata, segermelapan intan"
sedangkan ditangan kita, Cuma cincin tembaga
Aduh?
peritnya mengukur cinta, dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama, kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri, diakan dulu pilihan kita
semasa mekarnya, dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu, pada anak-anak kita
sudah takdir?
permata yang dipilih, perlu digilap semula
Namun
putus asa jangan sekali, terimalah dia, dengan redha
justeru isteri, pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami, wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan hati-hati betegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya, lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama, bisikkanlah "Duhai isteriku"
marilah kita bina perkahwinan ini, dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki, dengan keringat tersuci,
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu, dihati ini
padamu sayang, kalung cintamu, di jiwa ini.
No comments:
Post a Comment