Pages

create your own banner at mybannermaker.com!

Followers

Wednesday, August 10, 2011

BICARA BUAT LELAKI BERGELAR SUAMI part 3

subhannallah....sedih betol bila baca entry...buat pengetahuan semua...entry kali ini bukan lah dari hasil karya me...me hanya menCOPY dan mengePASTE kat blog me...tapi ia mendapat persetujuan dari tuan tanah...heheeh iaitu lepak di bangku kosong (tuan tanah juga bukan penulis cetita ini)...sangat menyentuh perasaan okeh..tapi bagi me....kita juga sebagai wanita juga perlu memahami isi hati lelaki....maaf walaupun sebenarnya me juga tak sempurna dan selalu mengalami masalah untuk memahaimi mereka...ingin me ulang sekali lagi...apa yang me copy dan paste tidak bertujuaan untuk berdakwah atau cuba nak tunjuk pandai...hanyalah sekadar berasa kagum dengan jalan cerita juga pengunaan bahasa yang sangat mendalam oleh penulis.....itu pada pendapat me la...kalau ada kisah seperti ini juga untuk perempuan pun bagus juga...sambil baca kita juga boleh la cuba mengadaptasikan dalam diri kita...sekali lagi untuk me ulang di sini...me juga tidak sempurna...kadang2 marah tak tentu pasal..tak reti jaga perasaan orang lain...cakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain...pentingkan diri...semua yang tidak baik juga ada dalam diri me...maaf banyak pulak me nak berceloteh kat sini...heheeh...happy reading ya peeps...
 
sambungan dari part 2


Bicara Buat Lelaki BerBicara Buat Lelaki Bergelar Suami

Puuuh?
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat, dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi, pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
jika berkurang, nyatalah cinta kita, selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi, itulah cinta sejati

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi, kita merampingkan "body"
kalau ada kesempatan, ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan, bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan, yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa, lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cita kita kekal ke hujung usia, di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan, hidup berdua, "selepas" mati pun bersama
 
tamat..............part 1 dan part 2

No comments: